Monday, May 16, 2011

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA,

harini aku berasa gembira dengan kemenangan Liverpool,
balik2 on9 terjumpa satu post,
so sebagai student engineer aku nak kongsi,
sungguhpun aku bukan engineer,
insyallah inilah jalan yang ku tuju :)


MENGAPA ANDA KAUM PEREMPUAN PERLU BERKAHWIN DENGAN SEORANG JURUTERA


MENGAPA ANDA KAUM PEREMPUAN PERLU BERKAHWIN DENGAN SEORANG JURUTERA@ENGINEER BERBANDING GRADUAN DARI BIDANG UNDANG-UNDANG, PENTADBIRAN, SENI ATAU PERUBATAN?DISINI TERDAPAT 3 FAKTA KUKUH YANG MENYOKONG PERNYATAAN TERSEBUT.

1-Kehidupan yang lebih terjamin

Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.

Manakala

-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman

-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama

-Lulusan seni masih mencari pekerjaan

-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi

Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.

Berbeza dengan

-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda

-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda

-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda

-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.


sekadar hiasan


3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan ana

Buktinya

-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda

-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda

-seorang graduan seni adalah seorang penggoda

-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.


pasted from http://hakimix.blogspot.com/

Friday, November 19, 2010

opening ceremony


bismillahirrahmanirrahim


with full of honour, i opened dis blog wif the name of Allah...
(loud applause)



(fireworks during my blog opening ceremony day)






(change language, hehehe)

sebenarnya sebelum ni dah ada blog, tapi kena block. so nak macam mana, buat ajela yang baru,:-(

antara course outline untuk blog ni:

1) kisah di cfs iium kot, sebab sekarang sedang bertapa di situ
2)luahan hati
3)kisah kawan-kawan


tata, salam!